wanieshop.blogspot.com

MOTIVASI

salam semua....ruangan ni sengaja aku create utk memotivasikan diri aku sendiri selain dpt jugak aku share dgn korang yg sudi baca blog aku nie.....ape lagi aku nak bercakap msti pasal berbusiness lah..setiap tempat setiap masa setiap detik aku akan pikir business ape yg boleh buat aku jd kaya cepat...kalau org dgr memang mcm tamak jekan aku ni..tapi tu lah lumrah kehidupan..tnpa duit hidup sangat menyedihkan...umpama kais pagi makan pagi....kais ptg mkn ptg....









aku xnak hidup setakat makan gaji je sebab tu lah banyak business yang aku dah penah buat..macam2 cara aku buat...tapi memang best lah...aku enjoy ..tu yang sangat penting dalam hidup....

walaupun aku cekgi...aku tetap bersemangat nak buat semua bende...aku nak mencuba..bak kata orang yang berjaya, waktu muda lah nak kerah tenaga..esok lusa dah tua cmane nak kerah lagi urat dah sakit,tulang dah rapuh....aku nak umur aku 40tahun aku dah boleh jadi BIGBOSS macam ayah aku...tapi aku xnak lah jadi macam die,sebab aku xsehebat ayah aku bab bekerja....tapi aku boleh challange dengan die bab buat business heheeee.......

dulu mak aku bising2 setiap kali aku buat semua bende barkaitan dengan duit gaji aku...yelah orang tua memang risau kita buat bende yang membebankan diri akan datang...dsebabkan aku fahamlah aku buktikan dengan buat macam-macam busines dan alhamdulillah aku dah dapatkan hasil yang aku jual...

so sekarangni aku nak cerita pasal hidup aku akan datang heheee....
aku tengah meneroka satu business nie...insyaallah aku akan buat researce dulu bab business ni...xboleh melulu nak buat sesuatu kan...aku kne belajar banyak ilmu sebelum aku buat....soo nanti korang tunggu jelah ok ape yang aku akan buat untuk hidup aku.....jeng..jeng..jeng..






Cara pengiklanan dijalankan



Kuasa pengiklanan memang mampu membuat siapa pun tertewas..dari budak kecik umur 5 tahun sampai la bapak budak yang dah berumur 50 tahun sekalipun.Mana taknya..kalau korang ada anak berusia 5 tahun contohnya..ada kadang-kadang tu apabila pegi shopping..ada je toys atau barang-barang yang sudah ada dalam mindanya itu..



Ada kalanya teknik gila ini memberi kesan yang amat mendalam dan mampu diingati sampai bila-bila.Tak payah pegi jauh la, cuba korang imagine tentang iklan Digi..apa yang korang akan terbayang? Dah tentu makhluk kuning tu kan? Pada mulanya ramai yang mengutuk dan mengejek makluk berkenaan. Tapi kelamaan, anda sendiri terpengaruh dan mula kenal. Jika terpandang sahaja perkara berwarna kuning, dah tentu ingat pada Digi dan akan ikut lagu iklan tu i will follow you...heheheee.... (ini bukan iklan Digi ye…)
Jadi janganlah anggap sesuatu yang gila itu tidak berkesan di dalam pengiklanan. Ada masanya kita kena bertindak gila supaya memori yang dipantulkan ke otak kita itu dapat memberi kesan kepada otak pengguna.Bukan senang untuk menghasilkan suatu iklan yang mampu diingati oleh target market mereka.Contohnya adalah seperti iklan Tak Nak Merokok di bawah ni…(mungkin orang yang kuat merokok leh tengok..







kesimpulannya untuk membuat pengiklanan sesuatu produk or services kita
mestilah ada cara tersendiri yang membolehkan pembaca tertarik dan akan terus mengingati iklan kita tu....tapi tu semua terpulang pada kreativiti kita sendiri...memang kene pikio dulu sampai otak pecah+retak baru lah dapat agaknye hehee....insyaallah.....


Tak selalu kita akan berada di atas



Lumrah hidup, adakalanya di atas, ada kalanya di bawah. Terlalu banyak kisah kegagalan dan kejayaan bersilih ganti, itu lah lumrah hidup. Bila di atas, adakalanya jatuh ke bawah. Bila di bawah, hanya ke atas sahaja kita perlu tuju.


Adakalanya kita pernah mengalami kejayaan tidak kira dalam hidup, karier atau keluarga. Adakalanya juga kita pernah jatuh  tersungkir dalam apa sahaja. Memang benar apa yang dikatakan sebagai hidup umpama roda, kadang di atas, kadang di bawah.
Tidak kira di mana kita berada, atas atau bawah, syukur dan redha dengan keadaan kita. Bila di atas, banyak2 bersyukur dan terus pertahankan tempat kita di atas. Kalau di bawah, redha dan terus berusaha untuk putarkan roda ke atas semula. Sebab yang atas boleh jatuh, yang bawah boleh naik ;)




JATI DIRI SEORANG USAHAWAN


                                      Picture














































(CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA)


Kajian terhadap perniaga yang berjaya menemui satu personaliti umum yang dikongsi secara umum oleh mereka. Ia menglibatkan hubungan multi-arah yang menjadi dorngan dalaman dan dorongan luaran yang berterusan. 

Dorongan ini boleh datang dari diri sendiri ataupun persekitaran dan kadangkala strategi. Perkara yang paling biasa ditemuai pada mereka adalah bersikap positif dalam sebarang keadaaan. Tiada perkataan mustahil dan bersifat tidak pernah mengalah apabila menghadapi sebarang  rintangan

Di bawah adalah sebahagian dari ciri-ciri utama yang terdapat secara umum kepada usahawan yang telah berjaya:

DORONGAN DALAMAN

a.    Semangat Jayadiri
Selalu berfikiran positif, berdikari dan mempunyai motivasi yang tinggi. Sentiasa ghairah ingin memperbaiki tahap diri dan meningkatkan kedudukan ekonomi. Mahu mencari dan menterjemah peluang-peluang yang ada ke arah prodiktif.

b.    Potensi
Menyedari dan tahu potensi diri sendiri dengan yakin. Kerana dunia perniagaan adalah berkisar di persekitaran merealisasikan potensi. Baik dari segi pontensi diri menterjemah dan termasuk juga potensi barangan yang diperdagangkan.

 c.    Kawalan
Ia merangkumi kawalan berbentuk pribadi dari sikap negative seperti tamak, menindas, menipu dan pelbagai sikap buruk. Pada masa yang sama, peniaga yang berjaya adalah mereka yang turut mampu mengawal situasi, harga, kos dan pelanggan. Mereka boleh mengawal perjalanan diri dan perniagaan daripada elemen negatif, baik ketika meniti kejayaan mahupun sewaktu merudum.

d.    Mempunyai halatuju
Usahawan yang berjaya didapati mempunyai pelan yang sempurna dan halatuju yang jelas. Mereka sedia maklum dan mahir dalam bidang yang diceburi serta siaga dalam menangani cabaran yang telah dijangka. Pelan luar jangka atau pelan ‘B’ telahpun disediakan untuk menghadapi perkara di luar kawalan. Satu sasaran telah disediakan bagi mengukur pencapaian dan meningkatkan tahap perniagaan.

e.    Kreatif 
Kreativiti amat penting dalam dunia perniagaan yang merupakan pentas persaingan. Penawaran barangan dan perkhidmatan yang pelbagai dalam pasaran akan menyebabkan bakal pembeli dan pengguna rambang mata. Hanya dengan daya kreativiti yang tinggi sahaja, berupaya menarik pelanggan membeli produk yang ditawarkan. Begitu juga dalam menghadapi kemelesetan, melalui daya kreativiti usahawan, ia boleh ditangani dengan berhemah.

f.     Kemahiran berkomunikasi  
Memang benar pepataah mengatakan ‘mulut mahu manis, hati mesti baik’ adalah kunci merupakan ‘kunci kata’  kepada kejayaan perniagaan. Ia amat penting kerana proses berniaga adalah merupakan prosedur menyakinkan pelanggan terhadap produk yang ditawarkan, sehingga menyebabkan pelanggan tertarik untuk membeli produk dengan harga yang ditawarkan. Proses menyakinkan memainkan peranan utama dalam pemasaran produk dan membolehkan kita mengatasi pesaing.

g.    Fleksibel dan mudahalih
Daya serapan dalam perniagaan terhadap perubahan-perubahan pasaran dan keperluan pengguna serta senario setempat adalah penting. Menawarkan produk yang baik kepada golongan sasaran yang silap adalah satu kesalahan yang selalu dilakukan oleh peniaga IKS. Kerana itu, kepekaan terhadap keperluan dan sedia merombak serta ubahsuai bentuk dan bahan dagangan akan memastikan para peniaga tetap berdaya saing dan mampu menongkah arus. Perubahan, peningkatan dan rombakan strategi mesti dilakukan dari masa ke semasa demi kelangsungan perniagaan.



DORONGAN LUARAN

a.  Cabaran ekonomi
Cabaran ekonomi boleh datang dalam pelbagai bentuk. Sama ada akibat kehilangan pekerjaan, pertambahan bilangan keluarga ataupun kekangan sosial untuk meningkatkan status. Kadangkala, cabaran-cabaran ini telah melonjak individu daripada zon selesa mereka dan menghumban keluar individu daripada kepungan kepompong alam pekerjaan kepada alam perniagaan.

b.  Kehadiran peluang
Terdapat juga beberapa usahawan yang berjaya telah didorongkan melalui kewujudan peluang. Ini termasuk perniagaan yang berkaitan kontrak, francais, pembekalan dan seumpamanya. Golongan ini selalunya adalah professional yang berurusan dengan peniaga-peniaga yang tidak secara langsung didedahkan dengan dunia perniagaan.








c.   Bimbingan
Memang muttakhir ini, kerajaan telah melahirkan ramai peniaga dan usahawan yang tergolong dalam kelas ini. Mereka ini memang dididik dan menerima bimbingan untuk mencebur diri dalam bidang keusahaawanan.



Walaupun berniaga sendiri banyak kelebihannya, ada sesetengah usahawan gagal menjalankan perniagaan mereka. Antara faktor dan sebab mengapa usahawan gagal dijelaskan sebagaimana yang berikut:-
  • Gagal merancang dengan baik ataupun tidak tahu merancang. Mereka yang gagal merancang, sebenarnya merancang supaya gagal. Walaupun rancangan mungkin dibuat, ia tidak spesifik dan sekadar, "Saya mahu untung tahun ini!" Berapa sasaran untungnya dan bagaimana merealisasikannya, tidak ditetapkan. Akhirnya, impian jadi seperti angan-angan Mat Jenin.



kata-kata Motivasi diri dan juga dalam perniagaan

tanpa disedari kita sedang lena dibuai mimpi indah dengan pelbagai angan-angan yang menggunung...tapi taukah kita bahawa mimpi-mimpi tu hanyalah akan jadi khayalan semata-mata kalau kita sendiri tidak cuba dan berusaha untuk menggapai mimpi tu....

dalam hidup nie penuh dengan persoalan dan tanda tanya yang kita sendiri tidak cuba untuk mencari jawapan.............

 mengapa........

  • Mengapa kita selalu mengeluh tetapi masih melakukan perkara yang sama yang kita keluhkan seperti kita tidak punya pilihan?






  • Kita bersusah payah mengharungi kehidupan walaupun kita tahu bahawa ia seharusnya mengalir lancar.
  • Kita mengakui bahawa segala sesuatu melimpah ruah namun kita melakukan sesuatu seperti segalanya kekurangan.
  • Kita tahu apa yang perlu kita lakukan namun kita tidak mengambil sebarang tindakan.
  • Mengapa kita selalu melayan suara-suara yang mengiang di minda kita?
  • Kita tahu bahawa kita lahir ke dunia ini untuk suatu tujuan, jadi apa tujuan kita?
  • Wang bukanlah segalanya, namun kita bertindak seperti ia adalah segalanya?
  • Kita berani membuat impian namun kita tidak berani beruasaha untuk mencapainya.
  • Kita ingin memimpin namun kita tidak mahu mengambil tanggungjawab.
  • Kita ingin tanggungjawab tetapi kita tidak mahu dipertanggungjawabkan.
  • Kita inginkan kesempurnaan tetapi kita tidak mahu berlatih.
  • Kita meminta maklumbalas tetapi kita mahu orang mengucapkan apa yang ingin kita dengar.
  • Apabila kita mendapatnya, itu sudah mencukupi. Apakah itu benar?
  • Di mana ini akan berakhir atau mungkin pertanyaannya di mana ia bermula …



penuh dengan persoalan bukan....jadi setiap persoalan hendaklah dijawab dengan pemikiran yang positif






CARA TERBAIK CUCI MINDA









Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati: Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.




Kata-kata motivasi kali ni dipetik dari artikel motivasi bertajuk 17 Petua Mencuci Hati karya asal oleh Dr Fadzilah Kamsah.
Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan.
Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.







Untuk Berjaya Anda Perlu Teruskan bertahan!

Tidak semua orang sesuai menjadi usahawan dan tidak semua orang sesuai bekerja dengan orang lain (makan gaji).
Jika anda seorang yang tidak boleh bekerja dengan orang lain, pastikan anda tidak mudah mengalah apabila perniagan sedang dirundung ujian getir. tabahlah!
Kerana, jika anda berundur kembali dengan mencari kerja makan gaji, apabila anda kembali senang, percayalah, akan kembali di sudut hati anda untuk kembali berniaga.
Namun kemudian apabila ujian getir kembali menyemarak, anda akan kembali berundur.
Pusingan sebegini akan terus berlaku, apabila anda mempunyai sikap dan jiwa yang lemah.





Teruskan bertahan kerana ujian itu adalah satu pelajaran yang tidak perlukan apa-apa bayaran, melainkan menuntut sedikit kesabaran. Apabila api ujian itu mula menghilang, kelak apabila ia datang lagi, anda tidak lagi mudah goyah.





Panduan ringkas tips BINA kejayaan

Ada beberapa tips permulaan minggu ini sebagai pemangkin memulakan hari-hari yang mencabar akan datang. Semoga pembaca dapat banyak manfaat daripada tips ini.

1.Displin : Mulakan kerja pada awal-awal pagi. Masa itu emas dan emas itu adalah masa. Jangan menangguhkan kerja untuk esok.
2.Fokus : Kanta sekiranya difokuskan kepada satu titik kertas di bawah sinaran matahari akan membakarkan titik pada kertas itu. Jika kita sentiasa gerakkan titik fokus kanta itu, adakah kita mendapat hasil???
3.Hardworking : Terus dan teruskan berusaha sampai bila-bila. Kejayaan adalah satu perjalanan dan hari ini kita sedang MEMBINA JALAN itu.


4.Constant n neverending improvement : KAIZEN (didalam Bahasa Jepun), sentiasa memperbaiki pencapaian dan kemahiran yang lebih baik.
5.Positive mindset > action > habit > result : minda positif menghasilkan tindakan positif menghasilkan sikap positif menghasilkan keputusan positif
6.Jujur dan amanah : mempunyai nilai-nilai murni dalam menjalankan urusniaga harian. Tidak menggunakan unsur penipuan, rasuah dan salah laku dalam urusan jual beli.
7.Teamwork : Solat berjamaah lebih baik daripada solat bersendirian, kerja berpasukan adalah lebih baik daripada kerja bersorangan. Dalam kerja berpasukan kita dapat berkongsi ilmu kepakaran dengan lebih mudah antara satu sama lain.









ENTRY DARI BLOG IRFAN KHAIRI
Tip hari ini adalah untuk mengumpul maklumat pelawat laman web anda! Sekurang-kurangnya dapatkan nama dan alamat email pelawat anda. Anda juga boleh mendapatkan nombor telefon. Caranya adalah dengan menyediakan borang untuk pelawat memasukkan nama, email dan nombor telefon.
Kita perlu ingat bahawa, seseorang pelawat yang tiba di laman web kita bermaksud mereka sudah mempunyai minat. Hanya memerlukan sedikit lagi anjakan untuk mengubah mereka menjadi pembeli atau downline.
Dengan mendapatkan nama dan email pelawat anda, anda boleh melakukan follow up dengan mereka. Follow up juga boleh dilakukan dengan menggunakan autoresponder- iaitu email yang di hantar secara automatik kepada prospek. Lebih menjimatkan masa anda!
Dalam perniagaan Internet, perniagaan yang berjaya mengumpul banyak nama dan email prospek sering kali adalah perniagaan yang dapat menjaminkan kejayaan. Sebagai usahawan MLM online juga, lebih banyak nama dan email yang dapat dikumpulkan melalui laman web anda, lebih berjaya perniagaan MLM anda- dijamin!
**Penting untuk tahu bahawa, nama dan email pastikan datang daripada PELAWAT ANDA. Dan bukannya dibeli dari sumber-sumber yang menjual 50,000… atau sejuta email. Kerana, menghantar maklumat anda ke senarai email yang dibeli hanya mengakibatkan SPAMMING dan akan menjatuhkan kredibiliti anda dan pastinya akan merugikan perniagaan anda! (rujuk tip hari pertama di sini)**

   

TEKNIK BERKESAN UNTUK BERJAYA DALAM MLM NETWORK MARKETING

Rahsia Kejayaan Usahawan MLM

Anda perlu sedar bahawa berniaga dalam perniagaan jualan langsung ini hampir sama dengan gambaran piramid terbalik dan menegak.Piramid menegak mewakili kerja anda sementara piramid terbalik  mewakili hasil usaha anda. Apabila anda bermula (lihat dasar/tapak piramid menegak), banyak masa yang terpaksa anda korbankan, tetapi hasilnya amat sedikit. Lama-kelamaan, dengan kesabaran, anda naik sedikit demi sedikit. Apabila anda berada di atas/puncak, semakin sedikit kerja anda, tetapi hasul usaha anda adalah besar.


Oleh itu, anda jangan terlalu excited untuk berjaya dengan cepat. Jika anda terlalu excited, akhirnya anda akan kecewa dan terus enggan  melakukan perniagaan ini. Anda perlu bersabar. Berusahalah perlahan-lahan. Tawakkal. Lambat-laun anda akan sampai ke puncak juga.
Berikut adalah beberapa rahsia kejayaan usahawan-usahawan MLM yang saya kutip.
a.        Bergaul dengan segenap lapisan masyarakat. Dari celah-celah lumpur itu mungkin ada permata berharga.
b.        Bekerjasama sesama ahli kumpulan. Lakukan perniagaan ini bersama dengan pasangan anda. Kerja berdua akan lebih mendatangkan hasil mutlak. Berilah tunjuk ajar anda dengan ikhlas. Jangan tanya diri anda berapakah hasil yang akan saya dapati dengan menolongnya. Tanyalah, berapakah hasil yang akan downline saya peroleh kalau saya membantunya. Downline anda berjaya, anda juga akan berjaya.
c.         Sediakan strategi anda yang berbentuk sistem yang akan menjadi panduan dan amalan kumpulan anda.
d.        Buat perancangan anda dan mestilah anda komited dengan perancangan anda itu.
e.        Jangan abaikan downline anda. Setiap permohonan bantuan daripada mereka walaupun generasi di bawah perlu anda penuhi.
f.         Anggap perniagaan ini sebagai peperangan. Anda tidak boleh tewas/gagal. Jika tewas/gagal, berakhirlah riwayat hidup anda. Dengan ini anda akan bermati-matian mempertahankan perniagaan ini.
g.        Luangkan sedikit masa anda untuk memikirkan idea kreatif yang dapat menjayakan perniagaan anda.
h.        Sentiasalah anda merendah diri walaupun anda telah berjaya. Sikap ini akan menyebabkan sesiapa pun tidak berasa rendah diri apabila bergaul dengan anda.
i.          Sentiasalah anda memberikan keyakinan kepada downline anda bahawa mereka pasti, lambat atau cepat, mengecapi kejayaan.
j.          Sentiasa berkata kepada diri sendiri : Aku berniaga kerana mengejar kepuasan, bukannya wang. Jika anda puas, wang akan datang bergolek.
k.         Mesti sanggup menentang arus. Orang tak buat cara ini, anda buat. Jika orang lain tidak buat, anda buat, anda akan berjaya.
l.          Mesti sanggup belajar dan diajar oleh sesiapa sahaja meskipun daripada downline sendiri. Walaupun anda sudah berjaya, anggapkan sahaja anda belum berjaya. Dengan ini, anda akan sentiasa berusaha.
m.       Sentiasa turun ke bawah. Jangan hanya melihat dari atas walaupun anda telah berjaya.
n.        Beri motivasi kepada diri sendiri. Berikan hadiah kepada diri anda apabila anda berjaya melakukan sesuatu. Hadiah itu mungkin berupa tidur seketika untuk merehatkan otak anda.
o.        Sekali anda melakukan perniagaan ini, anda mesti melakukannya setiap hari. Jangan dibiarkan ada hari anda tidak melakukannya kerana dikhuatiri semangat anda akan luntur.
p.        Jangan berprasangka buruk kepada orang lain. Yang zahir tidak semestinya mencerminkan yang batin.
q.        Cakap mesti serupa bikin. Jangan menyuruh downline melakukan sesuatu tetapi anda buatlah dahulu sebelum downline anda mencontohinya.
r.         Sentiasa setia pada syarikat. Sifat kanggaroo tidak ada dalam resipi kejayaan usahawan MLM.
s.         Sentiasa riang kerana keriangan akan meredakan ketegangan.
t.         Anggapkan bahawa melakukan perniagaan sebagai ibadah.
u.        Jangan anggap perniagaan jualan langsung ini sebagai cuba-cuba atau main-main sahaja. Anggapkan perniagaan ini sebagai penentu hidup dan mati anda.
v.         Berikan kail kepada yang memerlukannya, jangan berikan ikan. Biasanya, apabila anda sudah berjaya, banyaklah orang yang mendekati anda semata-mata kerana wang. Jangan berikan wang kepada mereka, berilah starter-kit.
w.        Jangan berasa rendah diri walaupun anda berhadapan dengan taikun perniagaan. Jika pun mereka tidak berhasrat menjadi downline anda,  mereka mungkin menjadi pelanggan tetap anda yang berpotensi.
x.         Sentiasa mencari ilmu/pengetahuan baru terutamanya yang berkaitan dengan perniagaan jualan langsung sama ada daripada pergaulan, bahan bacaan, atau daripada teknologi maklumat.
Apabila Sudah Di Puncak,  Jangan Lupa Rumput Di Bumi











keburukan berfikir negatif


Minda Ibarat Cip Komputer 

Kebanyakan dari kita tidak tahu peranan sebenar minda separa sedar dalam kehidupan kita sehari hari.Tak ramai yang tahu pasal minda dan tak ramai juga yang ingin ambil tahu mengenai kuasa minda.

Akibat dari itu, kita memasukkan saranan-saranan negatif, pemikiran negatif, perasaan negatif dan tanggapan serba negatif ke dalam minda separa sedar kita tanpa kita sendiri sedari.
Minda separa sedar sentiasa menerima apa saja pemikiran yang di masukkan ke dalamnya tanpa mengira ia baik atau buruk melalui perasaan Anda, kata-kata Anda dan emosi Anda.
Minda separa sedar turut menerima segala tanggapan sama ada yang baik atau yang jahat. Ia tak kenal semua tu.

                                                                                              




















Minda kita ibarat sekeping cip. Cip ini perlu diprogramkan terlebih dahulu untuk menjadikannya berfungsi. Terpulang pada tuan punya cip program cemana yang dimasukkan olehnya.

Jika dia memasukkan program-program yang baik ke dalam cip itu lalu memasangnya pada sebuah robot, maka segala apa yang dibuat oleh robot tu akan baik jadinya, yang tak merosakkan dan yang tak menjahanamkan.

Masukkan yang baik, hasilnya baik juga.
Tetapi, jika Anda bertindak memasukkan dan menginstall program yang tak baik ke dalam cip tu, segala apa yang dijalankan oleh robot tu sudah tentu perbuatan yang tak baik, yang merosakkan, yang menghancuskan dan yang mendatangkan mala petaka sebab ia sudah disuruh untuk jadi begitu dan hanya itu saja yang dia tahu.
Semuanya bergantung pada cip tadi yang ada dalam kepala robot tu.


Perkataan “program” saya umpamakan sebagai sistem kepercayaan (belief system) kita sendiri.

Ia terbit dari minda kita, terbit dari kata-kata kita sama ada yang di dalam hati mahupun yang keluar dari bibir kita.


Jika Anda rasa Anda boleh buat dan percaya Anda boleh melakukan sesuatu, maka Anda sudah memprogram minda separa sedar Anda yang Anda boleh melakukan apa saja.

Tetapi, jika Anda sangsi dengan kebolehan diri sendiri apatah lagi merendahkan diri sendiri, maka itulah yang akan jadi.
Apa yang Anda fikirkan tentang diri sendiri itulah yang akan masuk sebagai “program” ke dalam minda separa sedar Anda.


Bila dah masuk, minda separa sedar akan menjadikan Anda sentiasa merasa rendah diri, tak bersemangat dan merasakan hidup ini tak ada keindahannya sebab Andatelah memprogramkannya sedemikian tanpa Anda sedari.



Untuk mengubah hidup Anda, ubah sistem kepercayaan Anda terlebih dahulu. Lihat orang lain. Bila mereka boleh buat, bermakna Anda juga boleh buat.

Banyakkan baca kisah-kisah kejayaan orang lain, teliti kisah jutawan-jutaan dan orang-orang yang cemerlang.Ikut apa yang telah mereka buat, pelajari pemikiran mereka, kaji mind set mereka dan strategi mereka.

Untuk jadi cemerlang, kita tidak perlu cipta teknik baru. Don’t reinvent the wheel.Hanya ikut teknik kecemerlangan yang sedia ada dan gunakan ia untuk kejayaan diri sendiri.
Ini sudah terbukti.

Jimat masa, jimat tenaga dan jimat ‘fulus’ Anda.
Irfan Khairi menjadi jutawan pada usia muda kerana dia mengkaji strategi yang dilakukan oleh Corey Rudl dan Ken Evoy lalu mengaplikasi hasil kajiannya itu pada perniagaan sendiri.

Dengan menggunakan teknik yang telah diuji dan terbukti keberkesanannya oleh Corey Rudl dan    

Ken Evoy, dia berjaya menjadi jutawan pada usia ramai graduan menganggur.

Jadi,
Mula ubah sistem kepercayaan Anda hari ini juga. Programkan minda dengan ilmu, kemahiran dan attitude positif.Moga Anda cemerlang hendaknya.Untuk jadi cemerlang, kita tidak perlu cipta teknik baru. Don’t reinvent the wheel. Hanya ikut teknik kecemerlangan yang sedia ada dan gunakan ia untuk kejayaan diri sendiri. Ini sudah terbukti. Jimat masa, jimat tenaga dan jimat ‘fulus’ Anda.

Irfan Khairi menjadi jutawan pada usia muda kerana dia mengkaji strategi yang dilakukan oleh Corey Rudl dan Ken Evoy lalu mengaplikasi hasil kajiannya itu pada perniagaan sendiri.
Dengan menggunakan teknik yang telah diuji dan terbukti keberkesanannya oleh Corey Rudl dan Ken Evoy, dia berjaya menjadi jutawan pada usia ramai graduan menganggur.

Jadi,
Mula ubah sistem kepercayaan Anda hari ini juga. Programkan minda dengan ilmu, kemahiran dan attitude positif.
Moga Anda cemerlang hendaknya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan