wanieshop.blogspot.com

1 Ogos 2011

khairul fahmi putus tunangggg!!!!!!

memang hot entry kali nie...terkejut jugak tgh2 drive nak pegi kj tetiba dengar kat radio yg khairul fahmi putus tunang....betul ke...betul ke x itu xtaulah...yg penting marilah kita doakan semoga perhubungan dorang kembali tenang sebab masing2 dah ade keserasian....hope dapat tengok dorang berdua sampai ke jinjang pelamin..amin.....



jom baca artikel kenyataan elia



Semalam, penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat mengeluarkan kenyataan mengenai putusnya tali pertunangannya bersama Elia di akhbar Metro Ahad. Menyusul selepas ini adalah kenyataan Elia atau nama sebenarnya Aimie Harmelia Mohd Hashumi yang menceritakan krisis hubungan mereka kepada Harian Metro (sumber asal).
Menurut Elia, kenyataan Khairul Fahmi kepada Metro Ahad semalam memang mengejutkan diri & keluarganya kerana mereka tidak tahu bahawa penjaga gol itu akan memutuskan tali pertunangan di dalam akhbar. Elia juga menafikan dakwaan Khairul Fahmi yang telah berbincang dengan dirinya terlebih dahulu mengenai perpisahan tersebut.
“Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam). Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” kata Elia kepada wartawan Harian Metro.
Elia menyatakan yang dia cuba berbincang dengan Khairul Fahmi mengenai krisis hubungan mereka sejak sebulan yang lalu, namun sering mendapat pelbagai alasan daripada bekas kekasihnya. Sikap tidak endah Khairul Fahmi terhadap dirinya menyebabkan situasi hubungan mereka makin retak.
Enggan berselindung lagi, Elia menegaskan bahawa dia mempunyai bukti kukuh mengenai hubungan Khairul Fahmi bersama orang ketiga dan percaya hubungan mereka retak kerana faktor itu. Apatah lagi selepas diselidik, Elia mendapati Khairul Fahmi sememangnya rapat dengan wanita itu sebelum mereka bertunang lagi. Ditakdirkan tuhan, tak lama selepas itu seorang wanita datang berjumpa dirinya dan mengakui mempunyai hubungan istimewa bersama Khairul Fahmi.
Walau bagaimanapun, Elia terkilan dengan sikap Khairul Fahmi yang membuat keputusan memutuskan tali pertunangan & menghebahkan di akhbar tanpa berbincang dengan dirinya terlebih dahulu. Sedangkan, banyak persiapan telah dilakukan untuk majlis perkahwinan yang dirancang berlangsung pada Oktober ini.
Pada masa yang sama, ibu Elia sedih dengan pertunangan mereka yang putus di tengah jalan. Namun, ibu Elia meminta Khairul Fahmi supaya memutuskan tali pertunangan bersama anak gadisnya secara baik.


wanita nie dikaitkan dengan keretakan hubungan khairul fahmi dan elia


Tiada ulasan:

Catat Ulasan